Dalam pejabat selalunya ada kumpulan kecil yang perlu mengadakan perbincangan dengan kerap. Tetapi bilik mesyuarat yang terhad adakalanya menyebabkan mesyuarat terpaksa ditunda?? Dalam kesibukan kerja teknikal harian, menyelesaikan masalah mencari tarikh baru, masa dan tempat mesyuarat ialah kerja lebih pada hari itu. Inilah ketikanya Online Meeting membantu anda kerana peserta boleh ON Skype Video Call atau Chat sahaja mereka di mana-mana iaitu:
- Di depan komputer di pejabat
- Di depan komputer di rumah
- Dengan memasang Skype di telefon bimbit - di mana agaknya dia berada? :-)
Sudah dapat idea Mobiliti? Jika sudah faham anda tambahlah senarai Lokasi lain ya. Dalam minit mesyuarat bolehlah "Tempat" ditukar kepada :
Tajuk : Mesyuarat Integrasi Sistem Aduan
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Secara Online, Dengan Cara : Skype Video Call
Kehadiran :-
Puan Siti Abdul Aziz, Pegawai Sistem Maklumat (ID Skype: siti_abdul_aziz)
Puan Norashikin Kamal, Pegawai Aduan Awam (ID Skype: norashikinkamal)
Encik Amir Hamzah, Penolong Pegawai Sistem Maklumat (ID Skype: amir2000)
Minit-minit.........
No comments:
Post a Comment