Wednesday, March 16, 2011

Kelebihan Online Meeting : Kongsi Paparan Desktop Terus

Skype bukan lagi setakat Chat sahaja, atau bersemuka secara Video Call. Sekarang boleh kongsi terus paparan Desktop anda kepada peserta lain. Ini dinamakan teknologi Desktop Sharing. Betul, tak perlu hantar Attachment lagi boleh terus tunjukkan program yang anda sedang buka di Desktop Secara Langsung sekali dengan gerakan Mouse. Sebelum ini anda perlu Install software desktop sharing lain untuk digunakan bersama Skype, sekarang anda boleh Upgrade Skype sedia ada dengan mencari Plugin Skype Extra-Mikogo atau Download saja Skype terkini dari www.skype.com

Kelebihan utama Desktop Sharing ialah boleh tunjuk terus paparan pada Desktop tanpa dijadikan Attachment terlebih dulu. Cara ini digunakan oleh Juruteknik komputer melihat sendiri Error yang terjadi dan membantu secara Online untuk Troubleshooting komputer pengguna yang berada pada jarak jauh. Contohnya Juruteknik IT di Pejabat SUK Selangor Shah Alam sedang membantu Pegawai Aduan cara Install Skype yang kini berada di Pejabat Daerah Klang :-)

Kelebihan Online Meeting : Tidak Perlu Sediakan Bilik Mesyuarat

Dalam pejabat selalunya ada kumpulan kecil yang perlu mengadakan perbincangan dengan kerap. Tetapi bilik mesyuarat yang terhad adakalanya menyebabkan mesyuarat terpaksa ditunda?? Dalam kesibukan kerja teknikal harian, menyelesaikan masalah mencari tarikh baru, masa dan tempat mesyuarat ialah kerja lebih pada hari itu. Inilah ketikanya Online Meeting membantu anda kerana peserta boleh ON Skype Video Call atau Chat sahaja mereka di mana-mana iaitu:
- Di depan komputer di pejabat
- Di depan komputer di rumah
- Dengan memasang Skype di telefon bimbit - di mana agaknya dia berada? :-)

Sudah dapat idea Mobiliti? Jika sudah faham anda tambahlah senarai Lokasi lain ya. Dalam minit mesyuarat bolehlah "Tempat" ditukar kepada :

Tajuk : Mesyuarat Integrasi Sistem Aduan
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Secara Online, Dengan Cara : Skype Video Call

Kehadiran :-
Puan Siti Abdul Aziz, Pegawai Sistem Maklumat (ID Skype: siti_abdul_aziz)
Puan Norashikin Kamal, Pegawai Aduan Awam (ID Skype: norashikinkamal)
Encik Amir Hamzah, Penolong Pegawai Sistem Maklumat (ID Skype: amir2000)

Minit-minit.........

Kelebihan Online Meeting : Tidak Perlu Kos Makan

Jangan persendakan Post ini kerana kos makan memang subjektif kepada pengurusan mesyuarat di tempat kerja. Pihak Katering pula kadang kala mengenakan syarat supaya tempahan makan hendaklah untuk 15 orang ke atas. Jika mesyuarat perlu kerap diadakan dengan ahli sekitar 5 orang maka bolehlah dikatakan pembaziran jika tidak habis. Jika kumpulan kecil ini berbincang secara Online tentunya pihak pentadbiran tidak perlu menempah makanan walaupun ahlinya ialah pegawai pengurusan atau kakitangan sokongan. Saya tidak perlu Post panjang kerana ketua pejabat atau EO atau CC tentu akan tersenyum bersetuju dengan penjimatan ini. Kos pengurusan makan ini bolehlah disalurkan untuk top-up kepada aktiviti lain pula.

Kelebihan Online Meeting : "Datang Mesyuarat" Tanpa Kos Petrol

Manfaatkan kemudahan Internet di tempat kerja dengan aktiviti yang menjana lebih Produktiviti dari Partition anda. Jika anda ialah Boss tentu anda suka situasi ini kerana Staff anda tidak perlu keluar lama dan tidak perlu membuat Tuntutan Perjalanan lagi :-) 

Situasi : Maria perlu datang ke mesyuarat di Shah Alam untuk memberikan taklimat mengenai Integrasi Sistem kepada pegawai 2 jabatan negeri pada jam 2.00 petang. Situasinya; Maria bekerja sebagai Pegawai Sistem Maklumat, bekerja di pejabat kerajaan Putrajaya dengan kereta diparkir jauh dari bangunan pejabatnya. Sudah beberapa hari beliau cuba Booking kenderaan jabatan tak berjaya kerana jadual pemandu penuh. Cuaca yang hujan sejak malam tadi juga memungkinkan beliau akan memandu perlahan dalam keadaan hujan lebat. Sudahlah pagi tadi terpaksa berebut Parking akibat mengejar waktu Punch Card kerana beliau hampir terlewat kerana tiba-tiba jalan sesak dari rumahnya di Dengkil. Beliau terfikir pula jika perlu mengisi borang Tuntutan Perjalanan kelak tentu memerlukannya menyediakan kiraan Kilometer, salinan resit tol, salinan resit parking, tandatangan Boss sudah tentu. Waktu petang pula beliau perlu mengambil anak dari pengasuh dan berharap mesyuarat tidak habis lewat. 
Penyelesaian : Beliau teringat pernah menggunakan Skype Chat sewaktu zaman belajar di universiti dulu untuk berbincang dengan rakan sekuliah. Idea ini akan digunakan untuk menjemput pegawai dari 2 jabatan negeri tersebut bagi menggantikan CARA BERMESYUARAT petang ini. Pertama sekali untuk PENGESAHAN KEHADIRAN, beliau menelefon untuk mengesahkan ID Skype masing-masing. Pegawai A bersetuju kerana beliau juga inginkan mesyuarat yang ringkas dan sudah ada sambungan Internet dan Webcam di komputernya. Tapi beliau terpaksa memujuk pegawai B pula yang agak keberatan kerana tidak percaya pada keupayaan Internet Meeting yang percuma untuk pertama kali. Akhirnya beliau bersetuju apabila Maria mengajarnya cara Install Skype dan mendaftar ID Skype. Kedua, beliau menghantar emel BAHAN TAKLIMAT iaitu Attachment File PDF yang akan dibincangkan dalam mesyuarat nanti.
Petang itu jam 2.00 petang Maria mula Klik Video Call dengan ditujukan kepada ID pegawai A dan B. Akhirnya ketiga-tiga mereka berjumpa melalui paparan Webcam dan berbincang seperti biasa. Kata sepakat dan Minit Mesyuarat dicatatkan seperti biasa. Skype menyelamatkan masa beliau tanpa perlu kos petrol :-) Apa kata anda di jabatan kerajaan juga mulakan Amalan Bijak ini. 

Thursday, February 24, 2011

Mengapa Guna Skype?

  • Percuma
  • Instalasi ringkas
  • Mudah guna
  • Sentiasa dipertingkat versi
  • Boleh buat Video Call - gambar video HD
  • Boleh kongsi Skrin Desktop - tunjuklah apa ada di skrin anda secara langsung
  • Boleh guna di telefon - ada versi Mobile

Salam Pengenalan

Salam sejahtera. Semoga pengunjung Blog ini sihat dan ceria selalu. Blog ini saya wujudkan untuk menambahkan  lagi maklumat mengenai Skype dalam bahasa Melayu. Semoga sama-sama mendapat manfaat.
Oleh kerana perisian Skype sudah lama dan ramai sudah mahir berbanding saya, mungkin artikel di sini agak basi. Bagaimanapun artikel di sini tentunya sangat berguna kepada yang baru kenal dengan Skype. Saya dengan rendah diri ingin berkongsi maklumat tentang kebaikan Skype. Harapan juga semoga Skype versi percuma terus dipertingkatkan sampai bila-bila.